CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 23 February 2012

Bawa ku pergi ke Hotel Marriot Putrajaya lepas Maghrib hari ni boleh tak?

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Sejak malam tadi lagi, tidur I tak lena. Fikiran tak berapa tenang dan berdebar-debar. Kalau boleh sekarang jugak nak beli tiket balik Malaysia dan sebaik sampai airport, I nak terus bergegas ke Hotel Marriot, Putrajaya. KENAPA?????

x

x

x

x

x

x

x

x

x

I want to attend Yusry & Lisa Surihani's solemnization ceremony!!!!!.



Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk Lisa Surihani bergelar isteri kepada ex-boipren I i.e. Yusry.  Bacaan lanjut kisah silam kami --> Siri hobi Chomeyl : Mengejar Artis (*_^); Angan angan Yatie Jenin Chomeyl; Lecturer handsome/cantik pemangkin kejayaan pelajar; dan Hadiah birthday dari Yusry KRU untuk SN.

Alhamdulillah selepas beberapa tahun single, Yusry berjaya menambat hati Lisa dan melengkapkan hidup Lisa. — "He completes me"- Lisa Surihani. Beberapa hari yang lepas jugak Lisa sudah pun mengadakan majlis khatam al-Quran dalam satu majlis ringkas.

Lisa Surihani Selesai Khatam Quran
+- pic kredit : GUA -+


Lisa Surihani juga berpeluang untuk melalui pengalaman mandi bersiram macam puteri2 raja. Majlis bersiram itu telah berlangsung pada hujung minggu lalu.

+- pic kredit : GUA -+



Dan demi mengikut adat tradisi Melayu, pasangan Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah berpantang untuk tidak berjumpa sejak lebih kurang dua minggu yang lalu.Meskipun terpaksa menanggung rindu, Lisa Surihani berkata dia kini semakin tenang dan dapat membiasakan diri sebelum menjelang hari bahagianya yang akan tiba tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi.


Mereka dijadualkan bernikah petang ini selepas Maghrib di Hotel Marriot, Putrajaya. Bertemakan majlis serba putih dan ringkas, bakal mempelai bakal mengenakan busana dari rekaan butik Cosry. Butik Cosry juga bertanggungjawab menggubah hantaran kedua-dua belah pihak dan difahamkan, Lisa akan menerima 7 dulang dari Yusry manakala pihak lelaki menerima 9 dulang.


Lisa turut berkongsi akan menerima sebentuk cincin jenama Love Diamond dari Yusry. Tema warna untuk keluarga Lisa ketika akad nikah pula ialah ‘dusty pink’ dan pihak lelaki berwarna biru. Manakala tema warna pada majlis resepsi pula ‘champagne gold’ untuk Lisa dan hijau untuk keluarga Yusry.

Selepas diijabkabulkan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.

Nasib baik Astro Ria akan siarkan majlis diorang ni untuk tatapan I yang jauh ni. Confirm lah start hari ni sampai hujung minngu ni I melangut je kat depan laptop hahahaha. 


 
+- Pic Source: DZMS Events & Entertainment -+
 
Ikuti perkembangan Majlis Pernikahan Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani hari ini (23 Februari 2012) melalui Buletin Awani 501: 1pm, 2pm, 6pm, 7:45pm, 9pm dan Gala TV 4:30pm dan 10:30pm.- Source: DZMS Events & Entertainment



I'm happy for both of them, semoga pernikahan kali ini berpanjangan dan di kurniakan zuriat yang soleh/solehah dan comel2, Ameen.

"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan".


Psssttt : terbayang2 kenangan bersama kawan2 yang sanggup basah kuyup masa attend wedding Yusry tahun 2003 dulu kat Taman Tasik Permaisuri sampai rosak 10 biji handphone Nokia 3310 kitorang masa tu mrgreen hahahaha.


 

13 words of wisdom & comments:

mazni_azis said...

yayaya...kenangan yang tak dapat daku lupakan...:)

anumuchan said...

waaa mlm ni eh..baru tau...huhuu.

Asmara said...

betul peminat setia yusri yatie ni. exbf la katanya. haha.. oh nk kawin dah ye. tahniah la kan.;D

Teratak Hami said...

harap2 yusry gemuklah skit lepas kawen ni... hehe

transformed housewife said...

ooo Yusry & Lisa nikoh ingat jah. Bday Knur hr ni, tok ingat. huhuk.

Cho Zila said...

semoga berbahagialah hendaknyer pasangan itu .. seronok baca kisah2 dulu2tu... kelakar...

cikgunurulizza said...

salam yatie,,,eh awak pergi ke masa yusry kwin mula mula dulu..ihihik ihik....ni mesti suka kump kru dulu ni..

Hanis MY said...

harap gitula kekal sapa anok cucu sweet sgt duo ore nih

Oyis said...

mcm mana nk tgk siaran langsung kat astro tu yatie? ore kalo bab2 tgk siaran dari msia ni meme fail. x reti cari lubang

yatie chomeyl said...

Angah : kenanganterindah gak tu hihihi

Anum : laa, mcm mana leh tak tahu ni :p

yatie chomeyl said...

Kak As : aah ex bf yg dh lama ku tinggalkan ngeeee

teratak hami : xmo gemuk sgt nanti xhensem hehe

yatie chomeyl said...

kak nur : buke x ingatla, sajo jah nk wish lambat :p

cho zila : kisa zaman muda2 dulu tu hehe

yatie chomeyl said...

thenunu : aah mmg die hard fan KRU..kui3x

hanis : Insya Allah, Ameen

Oyis : ore suscribe Raacuun TV, keno byr bulan2 utk tengok certain channel mcm Ria, Prima, Arena, Oasis, Ceria & Warna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...