CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 17 February 2012

Adaptasi novel untuk filem2/drama2 terbaru

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Pernah tak timbul perasaan bahawa drama2 & filem2 Malaysia ni agak 'sampah' dan tak ada nilai positif yang nak di sampaikan kepada penonton?. Kebelakangan ini pulak kita di hidangkan dengan drama2/filem2 yang di adaptasi dari novel2 terkenal. Hasilnya, masyarakat terus di sogok dengan cerita2 cinta yang membuatkan kita terbuai-buai melayan perasaan sedih sedangkan cinta menurut Hamka ialah “Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”


Mengkritik sahaja tanpa memberi cadangan penyelesaian ialah umpama ketuk2 pada tin kosong, "bunyi sahaja yang ada, tapi tak ada isi". Justeru saya ingin memberi beberapa saranan novel2 yang layak di jadikan drama/filem oleh penggiat seni Malaysia supaya nanti kita juga boleh berbangga dengan karya penulis kita sepertimana Indonesia berbesar hati mempunyai penulis sepert Habiburrahman El-Shirazy (Ayat2 Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Dalam Mihrab Cinta) dan Tere Liye (Hafalan Shalat Delisa).


(1) Kembara Atiq Wazif - Satu Anugerah

0-book-cover-wazif-front.gif

Atiq Wazif tidak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Empat tahun pertama kehidupan, dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. Siang malam menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan Jangan Mengharap. Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran. 

Terdesak mengejar masa, bapanya membawa Wazif mengembara merentasi benua dan lautan samudera. Dari Kuala Lumpur ke Negeri China, Korea, Arab Saudi seterusnya ke Amerika. Kembara Atiq Wazif- SATU ANUGERAH disulami kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah redhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama…


(2) Anakku Brain Tumor


Apa perasaan anda, kalau anak yang selama ini sihat dan aktif tiba-tiba sahaja di sahkan mempunyai ketumbuhan otak?. Tiada ibu bapa yang pernah membayangkan hal yang sedemikian berlaku pada anak yang di kasihi bukan?. Bagi pasangan Isyah Radhiah dan Che Amran Idris, kebahagiaan dan kegembiraan mereka sekeluarga bagaikan diragut apabila pada pertengahan 2010, mereka diduga Allah dengan penyakit yang digeruni yang dihidapi anak ketiga mereka, Ahmad Mahir Baihaqi atau nama panggilannya Aqi, yang ketika itu (pertengahan 2010) berumur 9 tahun.


Anak yang cergas sejak lahir itu mendapat sakit kepala yang berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Dia disahkan menghidap ketumbuhan otak (brain tumour) oleh Hospital Pakar Damansara. Maka bermulalah episod dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh isteri yang ketiadaan suami di sisi, iaitu tatkala Che Amran ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan.

 


Kalau anak itu tidak segera dibedah, tumor akan terus membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Ini memaksa mereka memindahkannya ke hospital kerajaan dan berpatah balik ke hospital swasta semata-mata agar pembedahan dapat disegerakan. Namun, masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi selepas pembedahan, meletakkan mereka di persimpangan.


Insya Allah kalau karya2 ini di olah sebaik mungkin, ia akan mendatangkan banyak pengajaran pada orang2 yang menontonnya.  Lebih molek juga kalau kisah perjuangan ibubapa Adik An-Nur dalam kempen Hope 2 Walk dapat di terjemahkan ke layar perak. Penonton lebih dapat relate kerana ianya kisah benar yang berlaku di sekeliling kita. 

Semoga ada penggiat seni yang terbuka hati untuk membawa kisah insan2 berhati 'besar' ini ke layar, Insya Allah.

Pssstt : Suka telemovie arahan Erma Fatima yang baru ditayangkan baru2 ini i.e Runtuhnya Sebuah Dosa, banyak pengajaran yang boleh di kutip.


 

14 words of wisdom & comments:

Sidratul Muntaha said...

ade fews more lagi novel2 yg seiring dgn novelyg ko paprkan ni
aku pernh terbaca kisah adik beradik..
memula elok
lepas tu mkin umur tingkat
makin sakit
siap mcm kena bdai ular org tua2 ckp
msuk umur 11 thun jer
trus tak boleh bergerak
aku lupa ape tjuknya tpi kisah benar.
base on citer2 sampah bersepah kat drama and so on son..
mmg la aku tak tgk la..
klu tgk pun
tggu kaur tv
drama?!
boleh kira dgn jari
entah
ade ssstgh kate nak mengajar
tpi pengajaran lebih kepada kufur or lebih mcm pengajaran dlm agam hindu
takde ciri islamik un even katentya dari mula smpai abis ala2 islamik.
phuih!!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

adeh ai bab ni x leh tahan nak nangesss baca....

Zaila Mohamad said...

thanks for sharing..aku nak g cari novel ni nak baca..

sesekali kena baca juga novel yg sedih agar kita lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..bukannya selalu koyal bila baca novel tipikal melayu tu:P

Eliss said...

susahnya nak baca novel skang ni. 3 hari baru siap baca satu novel. drama cintan, tu yang paling diminati. kalo tak kuch2 hotak hai tu takkan jadi berjuta viewer hari tu kan even dah lama dah citer nya.

Mixed-family in da house.... said...

both novel kisah benar kt atas tu saya ada....mmg memberi keinsafan dan pengajaran

isabelle said...

sedih wooo.
x terbyg kalo jd kat kita

transformed housewife said...

kalo ambik novel2 tu mesti produser2 kato tokleh jual. sokmo puok2 dio tengok boleh jual ko dop filem tu.

Unknown said...

novel2 best terkenal dr Indon byk di adapatsi ke Filem & mostly menggunakan pelakon yg hebat... & sgt mdapat sambutan & lekat di hati penonton..

filem kita?

Affieza said...

Yupp...agree dgn akak mmg filem/drama kt Malaysia tak ada nilai2 positif. Lately pula dh mcm ketandusan idea asyik nk adaptasi dari novel je

cikgunurulizza said...

salam yatie,,thanks for the post.rawsa tergerak hati nunu nak beli buku anakku brain tumor tuh..:)

yatie chomeyl said...

Ayu : tu la, sedih tgk perkemabnagn drama & filem kat Msia huhuhu

lady ayu : sabar babe, sabaqqq

zaila : betul2, klu baco novel koya sokmo..dgn kito2 jd koya

yatie chomeyl said...

eliss : tu la pasal, tp kalau selalus gt di sogokkan dgn cinta...lemah bangsa nanti ;)

mixed family in da house : kalau di filemkan, mesti lg ramai org dpt pengajarannya kan

isabelle : tu la pasal, diorg ni insan2 terpilih yg mampu bersabar dgn dugaan ini

yatie chomeyl said...

kak nur : jolo doh, tp klu wat molek2 mesti laku

kak yong : kita pon kena ada yg pandai adaptasi novel2 bets ni,baru la melekat di hati penonton jugak kan?

thenunu : selamat membaca :)

Unknown said...

Short film Kembara Atiq Wazif sudah siap penggambaran. Sedang dipertontonkan dalam Short Film world Festival. Insyallah bulan Dec2012 selepas keluar verdict boleh ditayangkan kepada umum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...