CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 25 March 2010

Yatie Chomeyl dah jadi Yatie Tak GLOBAL (T_T)

Okeh mula2 nak bagi tau, entry hari ini ialah entry meroyan melepas geram yang terbuku di kalbu. Tapi masa I tulis entry ni I dah tak geram ataupun marah, I tulis sambil sengih sengihnampakgigi sorang2 hohoho.

Semalam pergi medical check-up kat nursery baru baby SN yang dekat dengan rumah I ni. Bawak Fahmi *student undergraduate* untuk tolong jadi translator bagi kami. Lepas siap medical check-up, kami pergi kat pejabat nursery ni untuk berjumpa dengan pihak pengurusan dan bagitau apa makanan yang baby SN tak boleh makan.


Seorang makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global menyambut kedatangan kami. Bila kami ceritakan tentang larangan2 makanan yang tidak boleh di makan oleh baby SN, dia macam terkejut dan bingung. Kami bagitau yang baby SN tak boleh makan apa2 makanan yang ada daging dan alkohol sebab dia orang Islam. Lepas tu, I bagitau kalau pihak nursery tak boleh sediakan makanan tu takpe, sebab I boleh buat makanan baby SN sendiri tiap2 hari macam yang I buat kat nursery sekarang ni.


Makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global itu kemudian nya bertanya kenapa kami tak hantar sahaja baby kami ke nursery yang di sediakan di Universiti. Mungkin makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global itu tak tahu yang nursery yang di sediakan di universiti itu ialah nursery swasta yang bayarannya mencecah 50000¥ = RM 2000 sebulan sedangkan nursery ini ialah nursery kerajaan di mana sebagai pelajar, kami tidak perlu membayar apa2 yuran bulanan untuk menghantar anak ke sini. *nampak sangat makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global macam rasa susah nak sediakan makanan pastu secara tak langsung macam nak halau kami suruh pergi nursery lain huhuhuhu*.


Kami cuba sedaya upaya untuk menerangkan berkali-kali yang kami boleh menyediakan sendiri makanan untuk baby SN dan pihak nursery tidak perlu risau tentang hal ini. tetapi prosedur yang di tetapkan kerjaan ialah pihak nursery harus menyediakan makanan untuk pelajar2 di nursery ini. Oleh itu makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global berjanji untuk membawa perkara ini ke dalam mesyuarat dengan cikgu2 lain di nursery tersebut.


Sebelum kami melangkah keluar dari bilik itu, tiba2 makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu memegang tudung I dan bertanyakan tentang tudung yang terletak chomeyl di kepala I. Dengan jujurnya I jawab ini ialah Scarf dan Fahmi pula bertindak menerangkan kepada makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tentang kewajipan menutup aurat yang di kenakan keatas perempuan Islam yang cukup umur. Kemudian makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global mengeluarkan ayat yang begitu mengguris kalbu I --> "saya rasa pakai tudung tu bodoh dan tidak global".


I tak faham masa dia cakap tu, tapi I dapat nampak muka Fahmi & hubby tiba2 berubah jadi merah padam. Apa yang I dengar cuma dia cakap perkataan "global" dan "baka( ばか)= bodoh" je. I tak tahu pulak dia mengata tudung I masa tu. Bila dah keluar dari pejabat tu, baru Fahmi dan hubby explain kat I. Berdesup telinga + berapi kepala + menggelegak otak tension masa mula2 dengar tu.


Okeh, serius cakap kalau I faham apa yang makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global cakap masa tu, I akan jawab terus kat dia guna bahasa Melayu dan English.
♣ Kalau makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu global sangat dari I, dia mesti boleh faham English memandangkan English ialah bahasa yang di gunakan di peringkat global.
♣ Kalau I ni tak global I takkan mampu merantau mencari ilmu di beberapa negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. rindu Entah2 makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu tak pernah pun keluar dari negara dia ni huhu.
♣ Kalau I ni tak global, kenapa negara makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global sudi terima I jadi pelajar kat universiti diorang


Lepas dah lama I duduk + bertenang untuk menghilangkan marah, I dapat berfikir dengan tenang dan terkenang kan beberapa peristiwa global yang berlaku dalam hidup Yatie-Tak-Global sebelum ini. nerd Sejujurnya I tak pernah berdepan dengan orang sekolot ini seumur hidup I merantau keseluruh dunia sebelum ini.
♦ Di Germany --> walaupun negara mereka murah dengan beer dan setiap majlis makan2 di Technical University of Munich di sediakan beer...mereka menghormati I dengan menyediakan jus buah untuk I
♦ Di Spain --> rakan sekuliah memahami bila I minta untuk sediakan makanan bagi jamuan supaya I boleh guna daging halal untuk memasak
♦ Di Paris --> sewaktu bersolat di Disnelyand, beberapa orang mengambil gambar I & kawan I sebab mereka tak pernah nampak sebelum ini tetapi tiada yang menghina
♦ Di Jepun sendiri--> dah beberapa kali, orang memuji yang tudung2 yang I pakai tu cantik dan siap ada yang nak bergambar dengan I (*read: click here*). malah sewaktu I pergi interview baru2 ini, (read: Dear Ms Luck,...please be with me today!) kerana menghormati makanan yang I tak boleh makan...kesemua panel of interviewer seramai 20 orang tu cuma makan seafood sahaja. Prof I pulak siap sediakan bilik khas untuk solat dan pam susu huhuhu *Prof I pun kiranya tak global gak la erk?*


Apabila I luahkan kemarahan ni kat FB, kawan2 I tolong buat beberapa kesimpulan sendiri tentang makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global dan sedikit sebanyak kesimpulan yang kawan2 I buat ni menenangkan perasaan I.
• makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu dah nyanyuk , maafkan saja dia
• makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu sakit hati sebab selipar jepun cuma di pakai ke jamban sahaja di Malaysia gatai wakakakaka
• doakan lah makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu dapat hidayah dan pakai tudung jugak suatu hari nanti ..*amin*


Di permulaan entry ni I ada cakap I sekarang dah tak marah kat makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu lagi. Sebabnya bila I baca kisah *penemuduga yang kolot* (klik sini) yang terjadi di Malaysia sendiri, buat I rasa yang benda ni kecik je. Kalau orang Islam di Malaysia sendiri boleh berfikiran kolot begini, jadi I kena berlapang dada dan maafkan makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global atas kekhilafan dia menuturkan perkataan yang mengguris hati I.


Apa yang I risaukan cuma kalau2 makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global memandang enteng sahaja larangan2 yang I bagitau tu dan sesuka hati je bagi baby SN makan makanan tak halal di nursery nanti. Baby SN akan I hantar ke nursery ini bermula hujung bulan ni dan I akan pantau tindakan cikgu2 di nursery ini dulu. Kalau I rasa was-was jugak, adus I akan stop dan hantar baby SN ke nursery swasta yang sekarang semula. I rela mengusung baby SN naik turun keretapi setiap hari daripada membenarkan makanan tak halal memasuki sistem tubuh dia huhuhu. I sanggup bergolok bergadai cari duit untuk bayar mahal tiap2 bulan asalkan baby SN terpelihara dari perkara2 yang tidak di ingini. *Semoga Allah melindungi iman kami sekeluarga... doa amin*


*baby SN posing dengan barang2 yang kena beli untuk masuk nursery baru*


# Lawak terbaru hubby & I kat rumah sekarang :- Yatie Chomeyl sudah bertukar jadi Yatie Tak GLOBAL..gatai harap maklum #


Pssssttt : puas hati dapat tulis panjang2 melepas perasaan. sekrang dah boleh kembali senyum dan sambung kerja2 terbengkalai yang menimbun-nimbun ni hehehe.


37 words of wisdom & comments:

cik osh said...

huhuhuhu...global sangat la oba-chan tu! eeee...padey demo sekeh2 jah mokcik tu woghih! grrrrr..!!

saba woghih saba! biar demo dikato dop global, janji peribadi dan aurat dijaga dan dilindungi...and menten chomeyl! peace..!

Suhana Shahril said...

Sabor ajer lah yer. Rasanya kat M'sia ni pun ada juga karektor cam mak cik tuh. Tambahan lagi di kalangan orang Melayu sendiri.Cuma antara nasib, akan berjumpa dgn tidak sahaj dgn org sedemikian.

firahadifa said...

ahahahaha.......... aku tergelak sampai terguling2X...


sorry dear , aku geli ati bile hubby ko ajuk ko say ko da x global........
kekekeke.. so funny!

btw , abaikan je la makcik separuh abad yg 'global' sgt tue.

kew_chop said...

tak penah gak dengar hokuen takleh terima pasal foods tu. derang lagi suka kalo kita ckp nak bwk bento sendiri. mula2 wi selai tudung ko mokcik tu. tok rajin gok jupo oghe lagu tu. sekeh butir baru tahu.

ddfirdaus said...

* isolated case saja ye sbgai contoh

Yatie, I rasa Japan (secara globalnye kecuali makcik tu ) masih global lagi sbb orang otelnya reti nak uruskan EBM i..

Tapi orang German, sangat le tak global sbb EBM i dan ice semua cair bila i nak pickup last day..Penat ku tulis "kasik beku" dan cakap berulang kali..konon2 paham..last2 tak paham juga..

Kesimpulannya orang tak global ni ada di mana2 tapi perasan pandai..memang menggeramkan..

isabelle said...

buduh betul ah-so tu.
i rasa kalo myhubby is in ur hub's shoe, dia pun x kan bgtau i apa yg ahso tu ckp smpi dah beredar.
silap haribulan, tinggal sejemput rambut kerinting dia kena tarik dgn i.

Anonymous said...

salams,

dalam hidup ni ada macam2 ujian.. sebenarnya kat mana mana pun boleh jumpa org mcm makcik tu..

kalau kat NZ mmg ibubapa kene sediakan makanan masing2 utk anak yang di antar ke nursery.. bayaran mmg sangat mahal..

itulah ujian dan dugaan..

maybe next time boleh gunakan pendekatan anak ada alergi dgn daging.. maybe ada manusia2 yg tak percayakan agama.

Wallahu'alam..

kita cuba buat yg terbaik..insyaAllah .. Allah akan lindungi kita semua

transformed housewife said...

mmg kena tengok Ti nanti. mace sini pun tu yg k.nur sanggup masuk playcentre sbb knur boleh duduk jago sediri. kalau tinggal pun, pesan doh ko Tini jgn mkn. tapi kiwis bagus sbb tahu pasal religion restrictions. ado la sore duo hok perangai pelik2. anggapla tu pengalame.

Unknown said...

kesimpulannya, hidup mesti diteruskan kan kak..nak wat camne, mmg ade org gitu, maafkan saje nenek tua yg x global itu :)

nadnye said...

"makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global "
berapa kali ulang perkataan nie..:P

sabar jealah, kita tak bole nak ubah persepsi orang...kalau boleh jawab, biar luar tak global tapi fikiran tu global

R28est said...

hehehehe...xpe ma, dia tak faham knape perlunya tudung sebab hati dia belum terima hidayah...mungkin lepas jumpa ma, dia akan terfikir knape, knape dan knape ade kain tutup di kepala...

*senyum cikit ;)

gEe said...

rude betul makcik tu...dont worry yatie..im sure tak semua org pikir mcm dia tu..akak doakan yg baik2 utk yatie n sekeluarga...muaaahhh to bb SN...

nieda said...

sabor jelah dgn pompuan tu..

aliaa said...

lagi byk dugaan rupenye bile duduk dkt negara yg bukan Islam ek kak Yatie...

Makcik tuh kunolaa....sy rse xpnh kuar Jepon kott...

Tabahkan hati, teguhkan Iman dlm lingkungan individu yg 'tak global' ye!

Anonymous said...

adoi, sabor je lee...
kitorang kat sini doakan yang baik2 untuk yatie dengan baby SN..
insyaAllah, dipermudahkan...

Nadiah Sidek said...

"makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global" - takde pjg lg ke? hehe

kalau non-muslim mcm tu, kite tak kisah sgt. yg menyedihkan, org yg beragama Islam sendiri berfikiran kolot mcm tu. lebih teruk lg bila ada yg beranggapan, tudung tu dah tak relevan dgn zmn skrg ni. sungguh tak fhm dgn org mcm ni!

moga dibukakan la pintu hidayah pd mereka2 semua & smg iman kita sentiasa terpelihara..ameen..

p/s: pasni kena tukar yatie chomeyl kpd yatie tak global la..hihi..

Fid said...

apa kata u doakan hubby i dihantar oleh pihak penerbangan tersohor tanah air station ke Nihon then i leh ikut then area tak jauh dr rumah or Univ u then i leh babysit baby SN dan i leh pi maki macik berkaca mata yada yada tu

u nak????

tak pun doakan esok hubby i jd CEO kaa..i leh pi melancong kahkahkah
then leh pi maki makcik yada yada tu

aci??
kakakakakakakaaa

Atiqah said...

thanks kak yatie.this entry is actually a great reminder for me before i go to working field after graduate...hoho...tkutnye menghadapi kerenah pemikiran kolot cmtu...mudahan Allah pelihara iman kak yatie sekeluarga dan iman tiqah juga

Unknown said...

salam yatiechomeyl..pengalaman dr yatie ni amat berharga bg sesapa yg lum penah /bakal menjejak kaki luar negara malaysia expecially negara2 yg xtau pape pasal m'sia & negara2 islam..
mujur yatie blh trima makcik tu dh skrg,ye la maybe dia dh nyanyuk @ dia mmg xtau psl muslim mcm kita ni..apepun,sy doakan baby SN & family dpt perlindungan dr Allah di rantau sana..take care!!

yatie chomeyl said...

woghih >> btul2x, biarlah x global asal menten chomeyl ekekek

suhana >> tu lah kan, kat Msia lg teruk agaknya

firahadifa >> ekekke tu la pasal..skrg ko pon lene panggil aku yatie xglobal dah muahahaha

murni >> nok sekeh jugop tp sie plop tkut pengsan plop ore tuo tu huhuhu

yatie chomeyl said...

dbalkis >> yup, isolate dcase...satu dlm berjuta.. :)

isabelle >> tu la pasal, teru sbotak kene tarik rmbut kat situ kang ekekeke

fireflies >> thanks utk tips tu..will try that kalau explaination tntg agama x leh guna next time :)

k.nur >> tu la..nok pantau dulu gano pahni..pahtu klu x best jugop, tukar nursery lg la

yatie chomeyl said...

huda >> dh maafkan dah..kesian je kat dia hohoho

nadyne >> ekekke..sengaja nk ulang banyak2 kali eheh

r28est >> senyum banyak dah ni :D

gee >> yup, rasanya dia sorang je yg fikir gini..org lain x pun

nieda >> tu la..sabar jooo

yatie chomeyl said...

aliaa >> yup, dugaan ada je kat mana2 sbnrnya ...yg pntg kene kuatka hati

sya >> thanks utk doanya ;)

nadiah >> klu le mmg nak pnjg lagi eheh

yatie chomeyl said...

fid >> i tak sabar tunggu u datang tolong maki makcik tu bg pihak i ehehehe...*i tulong doa untuk u okeh*

atiqah >> yup, dlm dunia ni mcm2 org ada..just kena be prepared je la

ibunafis >> thanks utk doa nya...;)

yatie chomeyl said...

fid >> i tak sabar tunggu u datang tolong maki makcik tu bg pihak i ehehehe...*i tulong doa untuk u okeh*

atiqah >> yup, dlm dunia ni mcm2 org ada..just kena be prepared je la

ibunafis >> thanks utk doa nya...;)

Fid said...

ahdik YC
tapi niat kita dah tak betul kakakakkakaka

yatie chomeyl said...

ahkak fid >> lepas maki makcik tu, kita betulkan semula la niat kita..boleh? muahahhahaa

Fid said...

hahhahaaa

niat asal nak melancong niat sambilan maki makcik kaca mata yada yada

yatie chomeyl said...

ahkak fid >> ok la tu, kira niat 2 in 1, boleh gitu? eheh

Anonymous said...

kalau kat aussie, waktu register anak specify yg dia on a strict diet. so most muslim parents state anak on vegan & vegetarian diet. kang explain panjang2 makin confuse mgmt daycare. takut diorang menyampah lak..so kalo they break the rule, free2 la kena saman weh!!

i menyampah dgn "oni-baba no baka ahou" tu.

i guess mmg elok la u bg SN bento & i doa sgt2 la takde monster yg berani sabotaj kesucian SN..chewah..

~Eila Nur Kaseh~ said...

eii aiii..kalo ikutkan hati yg marah...dah kena PANGGG dah makcik tu...
nasib baik ko cool yatie...tu la sebaiknya jadi org Islam...
menahan marah adalah sesuatu yg sgt2 patut dicontohi...

yatie chomeyl said...

mama miya >> tu la pasal, i nak tgk camne 1st day kat nursery baru ni nanti..kalau x best gak, haru slah i sembur makcik tu hohoho

eila >> buat2 cool je wpon dlm hati menggelegak masa tu..skrg dh mmg btul2 cool ;)

Unknown said...

sabar ajelah yatie... anggaplah dia sudah nyanyukss.. hehehe

akak dulu pun pernah merasa cenggitu ms carik keje part time zaman student dulu...
selalu kene rejek sbb pakai tudung... hmm.. boring...
akak dulu dok kampung, logik laa jugak diorg tak global
tp yatie dok kat fukuoka, sepatutnya diorg semua GLOBAL!... hahahaha..
sedap pulak name yatie tak global... hehehehehe..

Nurul Izza said...

kuhik3..gelak guling2 dengan title makcik tu.org sini siap hormat lg.ms nk bersalin, nurse siap tya lg 'ok ke kalau ada org laki di bilik bersalin' memandangkan daku bertudung.sah2 makcik tu ortodox.huahahah

xpo, xglobal pom.xkisoh~~ lalal

yatie chomeyl said...

k. laila >> ooo sedap erk nama yatie x global tu? nanti aah nak tukar blog nih ekekeke

nurul izza >> sini pun mcm tu mas abersalin. sbnrnya baru ni jah jupo ore mace mokcik ni..sebelum ni x pernoh jupo pong lagi

Unknown said...

yatie, post ini sangat chomeyl dan global :-D
I like

Asniza

yatie chomeyl said...

k asniza >> hehehe post pon global gak erk? kui3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...