CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Sunday 22 February 2009

~belajar untuk MELEPAS-kan~ (part 2)

Entry ini ialah entry sambungan utk ~belajar untuk MELEPAS-kan~ (part 1).

Pembaca di nasihatkan baca entry tu dulu sblm sambung baca entry ini untuk mengelakkan mengalami kebengongan otak akibat ketidakfahaman kesinambungan penceritaan (pergh..byknye penggunaan kata imbuhan) :)


Belajar untuk melepaskan adik beradik utk menghadapi dunia yg penuh cabaran


Aku ada 1 kakak, 1 abg, 4 adik lelaki n 1 adik pompuan.

Bila arwah ma meninggal, aku rasa mcm tanggungjwb utk jaga adik2 terletak kat bahu aku.
Sebabnya ---> kakak aku jauh kat NZ
+
abg aku x secerdas adik beradik lain (maybe entry bila2 aku akan bgtau sbb nya)
+
aku rasa adik2 ku masih kecik utk pikul tanggungjawab ni.


Masa aku masih kat Malaysia, urusan2 arwah ma semua aku wat sendiri. Sedaya upaya x nak susahkan diorang. --> Pegi sekolah ma uruskan hal pencen dan hal2 insurans. --> Pegi bank tutup akaun & cek baki kad2 kredit. --> Pegi pasar utk beli makanan2 utk wat kenduri arwah dan juga utk makan kat umah.


Perkara2 yang selalu aku wat dgn arwah ma dulu tpaksa aku wat sendiri ---> Pegi amik adik2 kat asrama hujung minggu. --> Pegi mall beli stock groceries kat umah n utk adik2 bwk balik asrama. ---> Bangun pagi2 masak sahur n pikir lauk apa nak masak bg family aku rasa berselera nak buka puasa. --> Pujuk adik2 yang menangis teringatkan ma tp aku xleh nangis depan diorang (ini sgt susah utk di lakukan!)


Ok, I admit that I might sounds a bit exaggerate here. As if pengorbanan aku besar sgt. Aku tau x sebesar pengorbanan mcm dlm episod bersamamu mggu lepas ---> seorg kakak sulung yg terpaksa sara adik2 seramai 4org, ayah & mak dia dh divorce dan skrg ni mak dia hospitalized. Xthn aku tgk episod ni, nangis2 smp hingus tpaksa lap kat baju hubby...terus teringat kat adik2 kat umah :(


Sekarang bila aku kat Jepun, aku masih sgt2 risaukan diorang. Padahal diorang sume dah besar and leh jaga diri sendiri dgn baik. Hubby pujuk aku n bg few alasan bernas yg wat aku rasa its about time to let them go n face the world bravely.


Abe De (30thn) :

aku risau sapa nak jaga makan minum dia & sape la yang boleh jadi isteri dia nanti. dulu arwah ma selalu ckp nak carikan isteri yg pandai menjahit utk jd bini abe de.

Then, hubby pujuk n cakap:
---> Abe De dah ada kerja. so, duit byk n leh sara diri sendiri utk beli makanan kat luar.

---> pasal isteri tu, serah la kat Allah..ada jodoh dia nanti, kahwin la dia


Pein (25thn) :
Kadang2 dia tension n kecik hati dgn few persons yg rapat dgn kitorg, tp dia pon mcm aku, x reti nak luahkan dan tunjukkan rasa x puas hati.

Aku yg jauh ni rasa cam sedih sgt2 sbb dia pulak kene tanggung sume tu. Dulu aku tanggung sorang2, xpe la sbb aku leh share dgn hubby. Tp skrg die plak kene tanggung.

Tp xpe la, die dh ada tunang yg leh dgr masalah dia dan dh cukup matured utk handle sume ni. ---> (ni ayat2 utk aku pujuk hati sendiri)


Epit (23thn) :
Budak ni manja sgt2 wpon badan besar mcm gorilla kutub. Maybe sbb gap dia dgn adik bwh dia tu 4thn so dia koya2 cam dia adik la.

Baru2 ni dia start kije jd technician kat company pak mertua kakak aku. Baru seminggu kije, dia dah ngadu mcm2. Gaji ciput la(rm650), umah sewa sgt sempit(7org sebilik), kije mcm buruh(monitor mesin ape ntah)..mcm2 la dia kompelin.

Tapi aku wat2 keras hati,aku bgtau die jgn manja sgt2. Skrg susah dpt kije. Lagipon, bkn nk kije lama sgt,nti dh nak sambung diploma brenti la kije-->ayat2 utk pujuk dia.

lepas habis chat dgn dia, aku pon start la episod air mata.nangis2 sbb mcm sian kat dia, padahal org lain ramai lg susah dr dia. cuma dak ni je yg ngada2 n x biasa susah.

ceh, biar dia rasa susah la..klu x dia xkan reti nk hargai duit, asyik ngabiskan duit je kije die --> (ayat2 pujuk diri sendiri)


Eji (19thn) :

Budak ni sgt kontra perangai dr abg atas dia tu.
In fact, dia boleh dikatakan adik plg baik dlm siblings kitorang sbb dia x byk ragam. Maybe sbb dia yg 'lain' sikit dr kitorang (kecik2 dulu org xsangka dia adik beradik kitorg sbb kaler kulit die gelap skit dr yg lain).

Skrg dia dh masuk kolej. Since dia yg ada kat sisi ma masa ma hembus nafas yg terakhir, dia selalu teringat kat ma. Sometime dia akan jd sgt fragile so he needs someone to talk to. Dulu leh la dia ngadu kat aku, tp skrg susah gak la sbb dh jauh kan.

Hari tu ada dia ada tny leh ke dia nk ada gf sbb dia bosan sgt xde apa nk wat time weekend n xde org nak sharing n caring gitu.

Apa aku nak cakap? Xkan nak cakap..bulih je...adeehh! (aku dh jd mcm mak2, x nak bg budak2 bcinta time muda2. Padahal kalau ikutkan, aku pon dh ada bf time umur mcm dia dulu2).
Dgn berat hatinya, aku ckp kalau x effect study ok la, kalau ganggu study...aku luku dahi laju2 :p


Asul (16thn) & Awin (15thn) :

Budak 2 org ni yg paling aku risaukan bila kene dtg sini.

Kadang2 aku dh rasa mcm aku ni mak diorang je since gap umur kitorg pon agak jauh jugak. Masa diorang baby dulu2, diorang tidur dgn aku.

Sebelum ni aku yg jaga diorang bila ma dah meninggal. Sekarang ni, since abah dh kahwin lain, abah bawak diorang duk umah mak tiri.

Aku tahu la ni bukan mcm cite 50an dulu2, mak tiri dera2 anak tiri. But still aku rasa mcm mak tiri aku x layak utk jaga adik aku. Aku takut mak tiri aku xfhm apa dlm hati diorang.

Dua2 budak kecik ni jenis pendam perasaan je. Kalau dak 2 org ni nangis or sedih, cuma aku je je yg leh pujuk. Tapi, bila aku call diorang n dgr suara diorg mcm ceria je, aku pujuk hati sendiri la ckp yg abah leh jaga diorg dgn baik kot--> (ayat ni plg susah utk di terima oleh hati, sbb still risau kat diorg).

------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ye, aku tau entry ni sgt panjang dan bersifat peribadi


Ye, aku juga tau hal2 dlm seluar jeans x patut di kongsi dgn terbuka utk tatapan umum.

Tapi, aku juga tau blog ni ibarat dairi kehidupan. Jadi, aku rasa lega dpt luahkan apa yg aku simpan lama2 sblm ia memburuk dan membusuk dlm hati aku.

Lagipon, mungkin secara kebetulan readers yang baca blog aku nih, ada mengalami nasib seperti aku...bulih bagi few words & comments utk aku so that aku dpt hilangkan rasa gundah gulana ini.

So, what say you?

3 words of wisdom & comments:

cik osh said...

woghih, ni just my 2 cent opinion k. adik2 woghih makin lama makin dewasa, byk lagi cabaran hidup dorang yang dasyat2 tgh menanti. give them chance woghih. biar dore raso sendiri apo makno sebenar HIDUP. u just need to monitor and guide them when they need ur guidance. apo2 pong ore tabik demo!! u r such a really2 wonderful sister! and ore yakin, arwah ma tersangat2 banggo ngan demo.

mazni_azis said...

Baca entry pasal adik2 ni sensitif sikit sbb angah pun ramai adik...:(
Kalau boleh kita tak nak pun tinggal jauh2 ngan adik2 kita..nak stay macam dulu2..best kan...tapi nk buat macam mana, masa berubah keadaan pun berubah..Ucu tak blh terlalu memikirkan mereka..kerana ini akan memberi efek kepada ucu juga baby ucu so apa yg blh ucu buat berdoa untuk mereka...

yatie chomeyl said...

woghih: btul tu, its about time utk ore bg diorg sedio menghadapi hidup kan?


angah: jgn risau, wpon ucu pk adik2, ucu pon pk gak baby ucu. bila luahkan mcm ni n dpt sokongan kwn2 ...rs lega sgt2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...